<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=21862387&amp;blogName=Women+On+Earth&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=TAN&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://truetiena.blogspot.com/search&amp;blogLocale=en_GB&amp;homepageUrl=http://truetiena.blogspot.com/&amp;vt=8420687908811542050" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Previous Posts

Archives

Links


Powered for Blogger
by Blogger templates

Women On Earth

Saturday, April 01, 2006
"puisi"
Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian DuniaKerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
Wednesday, March 22, 2006
"puisi"
Hati Si Gadis Itu

Hati si gadis itu
Cinta yang dilaluinya
Seringkali membawa penderitaan
Hatinya sering disakiti
Cintanya tidak dihargai
Cintanya sering didustai

Hati si gadis itu
Jiwanya ingin dikasihi
Dirinya ingin dicintai
Namun apa yang hadir
Hanya sementara
Kebahagiaan yang dirasainya
Tidak berkekalan
Yang terindah seringkali berlalu pergi

Hati si gadis itu
Tika dulunya sering dirundung malang
Tika dulunya sering diulit keresahan
Tika dulunya sering dimamah kesepian
Tika dulunya sering bertemankan airmata

Hati si gadis itu
Kini
Sekali lagi berbunga ceria
Sekali lagi diizinkan olehNya
Untuk merasai keindahan itu
Keindahan yang diharapkannya
Bersemi selamanya

Hati si gadis itu
Segunung doa dilimpahkan buatNya
Agar cahaya ini akan bersinar
Bersinar bersama sebuah ikatan
Thursday, March 16, 2006
"resipi minggu ini"



Kerabu Mangga Muda

Bahan-bahan:
350 g (5 biji) mangga muda, dibuang kulit dan diparut halus
20 g (1 biji) bawang besar, dimayang
10 g (1 biji) cili hijau, dipotong dadu
10 g (1 biji) cili merah, dipotong dadu
100 g sotong basah saiz sederhana, dicelur sehingga empuk dan dipotong bulat
10 g (1 sudu makan) udang kering, ditumbuk halus
10 ml (1 sudu makan) cuka
10 ml (1 sudu makan) jus limau nipis/kasturi
5 g (1 sudu teh) garam
10 g (2 sudu teh) gula

Hiasan:
100 g kacang gajus panggang/kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)

Cara memasak
1. Masuk kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul.
2. Hiaskan dengan taburan kacang gajus/kacang tanah tumbuk dan hidangkan.
Monday, March 13, 2006
"my trip to singapore"
















Monday, March 06, 2006
"kesihatan"
Dapatkan keseimbangan gaya hidup

PADA usia 25 tahun, sistem tubuh sudah berkembang penuh dan berada pada kemuncaknya. Dalam usia ini juga, golongan dewasa mempunyai kawalan penuh terhadap kesihatan dan masa depannya – jika mengawal dan mengamalkan gaya hidup sihat, mereka akan dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Masalah kesihatan utama pada usia 20-an selalunya adalah kesinambungan daripada apa yang bermula sewaktu lewat remaja. Bagi golongan dewasa risiko penyakit adalah berbeza antara lelaki dan wanita. Perbezaan ini antaranya disebabkan oleh biologi, sebagai contoh, hormon wanita memberikan perlindungan terhadap masalah jantung juga oleh kelakuan, seperti lebih ramai lelaki merokok, mengambil alkohol dan mengalami masalah kegemukan. Sistem reproduksi juga berada pada kemuncaknya pada usia 20-an. Ramai wanita bagaimanapun memilih untuk tidak mengandung sehingga mereka benar-benar bersedia. Satu kaedah mengawal kelahiran yang popular adalah pengambilan pil yang ditambah dengan Vitamin B1, B2, B12 dan C bersama-sama galian seperti zing dan magnesium.Keperluan terhadap tenaga untuk mereka yang berumur 20-an juga adalah tinggi, terutamanya lelaki kerana lebih banyak kegiatan fizikal yang dilakukan. Bagaimanapun, kajian dijalankan menunjukkan lelaki dan wanita sekarang kurang bersenam dengan satu pertiga daripada mereka yang berumur antara 18 dan 34 tahun mengalami masalah kegemukan. Peningkatan berat badan di kalangan lelaki berlaku selepas berumur 25 tahun manakala wanita pula selepas menopaus.
Pilihan makanan bagi mendapatkan berat badan ideal seharusnya berkisar kepada diet kurang lemak, mengambil lebih banyak sayur dan buah-buahan serta pengambilan roti bijian.Ketika usia mencapai 30-an, tanggungjawab semakin bertambah dan komitmen terhadap keluarga dan kerja menjadi lebih penting bagi lelaki dan wanita. Usia ini juga adalah masanya untuk meningkatkan kesihatan kerana kesedaran terhadapnya juga meningkat. Isu kesihatan utama pada usia ini adalah yang berkaitan dengan kesuburan, kehamilan, penyusuan, pengurusan tekanan, mengawal tenaga selain mencari strategi memperbaiki tahap kesihatan.Sewaktu menyusukan bayi, tubuh wanita memerlukan makanan berkhasiat. Kalsium adalah penting ketika mengandung dan menyusukan bayi. Semua orang menghadapi masalah tekanan tetapi kesannya berlainan antara seseorang. Adalah penting untuk mendapat keseimbangan dalam hidup, termasuk makanan berkhasiat. Senaman adalah penting untuk kesihatan dan masa untuk ini harus dicari dalam kesibukan terhadap kerja dan keluarga. Ia memberikan kebaikan dari segi:
*Mengawal dan memperbaiki kedudukan tulang
*Memperbaiki kesihatan jantung
*Meningkatkan tenaga dan mutu kehidupan
*Dapat tidur nyenyak
*Mengurangkan kegelisahan dan tekanan.
Senaman seharusnya sesuatu yang menyeronokkan dan digalakkan yang mana ia boleh berbentuk seperti tarian dan aerobik.Apabila berusia 40 tahun, isu kesihatan semakin dititikberatkan. Di sebalik beberapa kesan penuaan, usia ini juga secara amnya adalah tempoh kehidupan yang menyihatkan.Walaupun media memberikan lebih banyak tumpuan bahawa muda itu menawan, tetapi apa yang perlu diingat, kesihatan adalah cerminan keyakinan tubuh badan. Pada usia ini tubuh berada dalam keadaan baik, tetapi memerlukan pemeriksaan yang kerap bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar. Bagi mereka dalam usia ini sakit belakang adalah satu yang biasa dan sedikit kesilapan pada otot boleh menyebabkan kesakitan. Peningkatan dalam kadar kolestrol adalah risiko utama kepada masalah jantung. Inilah usia untuk memastikan tahap kolestrol seseorang itu terkawal dan pemakanan adalah penting. Kurangkan pengambilan daging sebaliknya digantikan dengan makanan kaya serat.
"resipi minggu ini"


Mee Bandung

Bahan-bahan: (mee)
350 g (5 cawan) mee kuning, dicelur sebentar dan ditoskan

Bahan-bahan untuk kuah:
150 g daging, tanpa lemak, dipotong kecil
150 g tulang
50 g (1/2 cawan) udang basah
50 g (1/4 cawan) kacang tanah
2 biji telur
150 g (1 ikat) sawi hijau, dipotong sepanjang 3 cm
250 g (2 biji) tomato, dipotong
430 g (1 biji) limau nipis, perah jusnya
5 g (1 sudu teh) garam
1½ liter (6 cawan) air

Bahan-bahan kisaran dengan 1/2 cawan air sehingga lumat:
10 g (1 sudu makan) udang kering
10 g (10 biji) cili kering
10 g (2 sm) halia dikisar
25 g (3 biji) bawang merah
50 g (1 biji) bawang besar
10 g (2 biji) buah keras

Cara memasak:
Bersihkan tulang lembu dan rebus dengan 6 cawan air selama 30-45 minit. Kemudian masukkan daging lembu. Biarkan selama 15-20 minit.
Masukkan bahan yang dikisar ke dalam air rebusan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan udang dan biarkan mendidih sekali lagi. Kecilkan api dan masukkan telur.
Masukkan jus limau, sawi dan buah tomato.
Masukkan garam secukup rasa. Tutup api.
Goreng kacang tanah tanpa minyak. Buang kulit dan tumbuk sehingga halus.
Untuk menghidang, tuangkan kuah ke atas mee kuning dan taburkan serbuk kacang tanah di atasnya.
"resipi minggu ini"


Laksa Asam Pulau Pinang

Bahan-bahan:


(a) Untuk laksa:
950 g (1 bungkus) laksa kering, direndam dan rebus bersama 2 liter (10 cawan) air hingga lembut dan toskan

(b) Untuk kuah:
1 kg (7 ekor) ikan selayang/sardin
20 g (20 tangkai) cili kering dikisar bersama 1/2 cawan air hingga lumat
180 g (2 biji) bawang besar
10 g (5 tangkai) daun kesom
120 g (2 batang) serai, diketuk
90 g (1 tangkai) bunga kantan, dipotong dua
2 liter air, untuk merebus ikan
20 g belacan
20 g (3 keping) asam keping
10 g (2 sudu teh) garam

(C) Bahan-bahan ulam:
800 g (1/2 biji) nenas, dipotong nipis memanjang
100 g (1 pokok) daun salad, dihiris nipis
20 g (2 tangkai) daun pudina
250 g (1 batang) timun, dipotong nipis memanjang
30 g (2 biji) cili merah, dihiris nipis
60 g (3 biji) limau kasturi, dibelah dua
3 biji telur rebus, dibelah dua
90 g (1 batang) bunga kantan, dikisar hingga lumat
90 g (1 biji) bawang besar, dimayang halus

Cara memasak:
Rebus ikan. Asingkan isi dari tulang. Kisar isinya hingga agak hancur.
Kisarkan juga tulang serta kepala ikan dengan air rebusan. Tapiskan air kisarannya.
Didihkan air rebusan ikan tadi. Masukkan bahan yang dikisar, serai, bunga kantan, daun kesom, air tapisan tulang ikan, asam keping dan kacau.
Masukkan belacan dan garam. Kacau hingga sebati.
Masukkan isi ikan yang telah dikisar.
Biarkan seketika sehingga semua bahan sebati.
Hidangkan bersama bahan-bahan ulam.
Wednesday, March 01, 2006
"petua"

1) Bibir merekah:
Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

2) Masalah jerawat :
Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu.

3) Seri wajah :
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.

4) Atasi rambut gugur :
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.

5) Segarkan mata :
Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun sireh muda, cuci bersih dan ramas-ramaskan ia. Masukkan dalam air suam. Tapis airnya dan rendamkan mata seketika.

6) Menghilangkan bau kaki :
Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasaalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki, ia juga boleh menghilangkan masalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.

7) Memutihkan gigi :
Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.

8) Kulit cerah dan licin :
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

9) Menghilangkan parut :
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

10) Melembutkan rambut :
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
"rehat minda"

Warna Kertas

Ani : "Ena, mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna hijau muda?"
Ena : "Surat warna hijau muda itu bererti "aku cinta padamu"
Ani : "Kalau kertas itu berwarna biru muda apa ertinya?"
Ena : "Itu melambangkan suasana pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna merah?"
Ena : "Asmara yang membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna putih?"
Ena: "Suci, bersih dan jujur "
Ani : "Kalau kertasnya kuning?"
Ena: "Melambangkan hati yang gersang"
Ani : "Kalau merah jambu?"
Ena: "Sedang jatuh cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan hati yang sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon, hehe...!! "
"resipi minggu ini"

Ikan Masam Manis

Bahan-bahan:
300 g kepingan ikan
5 g halia, dihiris
10 g bawang putih, ditumbuk
40 g bawang besar, dipotong kiub
100 g (1/2 saiz sederhana) timun, dibuang kulit dan dipotong kiub
50 g (1/2 saiz sederhana) sayur lada merah, dipotong kiub
50 g (1/2 saiz sederhana) sayur lada hijau, dipotong kiub
100 g (1 ulas) nenas, dipotong kiub
20 g (2 sudu teh) minyak sayuran

Untuk Kuah:
20 g (4 sudu teh) gula
35 g (3½ sudu makan) cuka
70 g (7 sudu makan) sos tomato
20 g (2 sudu makan) sos cili
10 g (2 sudu teh) kicap cair
30 ml (1½ sudu makan) air

Cara memasak:
Didalam kuali, panaskan 10 g minyak dan goreng ikan. Ketepikan ikan.
Gunakan minyak yang selebihnya dan tumis halia dan bawang putih selama 2 minit. Masukkan bawang, timun, sayur lada merah dan hijau, masak selama 2-3 minit.
Masukkan ikan dan nenas ke dalam sayur. Kacau rata dan sendukkan ke piring hidangan.
Untuk menghidangkan, taburkan sos ke atas dan hidangkan dengan nasi.
Untuk membuat sos:

Di dalam pan, didihkan gula dan cuka. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap cair dan air. Masak selama 5 minit sebelum dituang ke atas ikan.
Tuesday, February 28, 2006
"resipi minggu ini"

Ayam Masak Palembang

Bahan-bahan :
600 g dada ayam, tanpa kulit dan lemak
100 g (8 biji) cili merah
100 g (8 ulas) bawang merah

Bahan (A) ditumbuk :
40 g (2 ketul sebesar ibu jari) kunyit hidup
40 g (2 batang) serai
5 g (3 helai) daun kunyit muda

Bahan (B) dihiris halus:
3 g (5 helai) daun limau purut
60 g (1 biji) bawang besar, dihiris bulat
20 g (2 sudu makan) asam jawa, dicampur dengan 1/2 cawan air untuk mendapatkan jusnya
60 ml (1/4 cawan) susu rendah lemak
5 g (1 sudu teh) garam

Cara memasak :
Ayam dipotong sebesar kotak mancis. Cuci dan toskan.
Gaulkan ayam bersama bahan (A) dan (B), kemudian perap selama 15 minit.
Masukkan bawang besar, jus asam jawa, susu rendah lemak dan garam ke dalam ayam yang telah diperap tadi. Gaul hingga sebati.
Masukkan campuran ke dalam kerajang aluminium. Balut kemas dan bakar di dalam oven pada suhu 240ºC selama 20-30 minit.
Hidangkan semasa panas.
dari pengarang...
Pertama sekali maaf kerana sudah lama saya tidak menghantar artikel di dalam blog ini. Hal ini kerana saya amat sibuk sejak beberapa minggu ini. Banyak assigment yang perlu saya siapkan serta hujung minggu yang lepas saya telah terpilih menyertai delegasi UUM ke Singapura selama 3 hari. Saya begitu kagum dengan kepesatan pembangunan di sana. Mungkin satu hari nanti saya akan masukkan gambar ketika saya berada di sana untuk saya berkongsi pengalaman tersebut.